Facebook
RSS

Tingkatkan potensi diri

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, entri kali ini ditulis dan dikongsi bersama.

Perubahan ialah suatu yang fitrah dalam kehidupan. Setiap diri kita berubah daripada suatu keadaan kepada keadaan yang lain tanpa dapat menghalang perubahan itu daripada berlaku. Lemahnya insan. Apabila bercakap soal perubahan maka hanya ada dua arah perubahan, sama ada baik atau buruk. Sudah pastilah kita ingin jadi baik dan lebih baik.
Carta di atas ni ialah dua konsep yang Musafir gunakan untuk memperbaiki diri. Konsep L-P.

1) Learn on job
'Learn on job' bermaksud belajar melalui kerja atau kata lainnya belajar secara praktikal. Ini bertentangan dengan konsep 'Learn on study' atau belajar melalui teori. Hakikat kehidupan ini manusia lebih mudah memahami apa yang dilakukan berbanding apa yang dibaca. Begitu juga apabila manusia diberi penerangan, dia lebih mudah memahami apabila dia melakukan sendiri apa maklumat yang diterangkan.

Perkara ini tidak terkecuali dalam madrasah kehidupan kita. Musafir nak kongsikan sedikit cerita tentang diri saya.

Di kampus, ramai sahabat yang bertanya saya daripada mana saya belajar Adobe Photoshop, format & servis laptop, hacking(bolehlah sikit-sikit) dan beberapa ilmu perkomputeran dan teknologi yang bagi saya simple&basic begini. Pernah ikuti mana-mana kursuskah sebelum ni?

Tidak sama sekali. Sejak berumur 8 tahun saya bermain dengan komputer, dari Windows 95,Windows 98, Windows Me/Milennium, Windows XP sehinggalah Windows 7(sedang menanti Windows 8). Perbezaan saya dengan sesetengah kanak-kanak lain ialah saya suka buka fail-fail sistem dan 'try & error/success'. Kerana itu juga sering kali, komputer di rumah saya rosak walaupun ada ketikanya ayah saya baru saja hantar servis. Namun, si ayah tidak pernah marah, mengharamkan mahupun mengeluarkan 'perintah berkurung' kepada saya, malah sering membawa saya melihat bagaimana kedai-kedai membaiki komputer. Mungkin ada yang terfikir," Family dia mesti orang senang ni..". Tidak. Keluarga saya berlatarbelakangkan keluarga bertaraf hidup rendah ketika itu.

Ketika berumur 12 tahun(darjah 6), saya memberanikan diri untuk buka CPU(bahagian pemprosesan utama. Seronok dapat lihat kipas berpusing dan lampu kecil berkelipan dalam CPU! Ya, sangat seronok ketika itu! ^__^

Begitulah saya mempelajari sesuatu, saya yakin anda juga ada belajar melalui cara ini, belajar secara praktikal. Namun, mari menilai sejauh manakah kita menggunakan cara ini dalam kehidupan keagamaan kita. Mencegah kemungkaran,sudah praktik? 


Wahai orang-orang Yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu tetapi kamu tidak kerjakan! (Surah asSaf:2)



2)Push to the limit

'Push to the limit' bererti memaksa diri melakukan sesuatu sehingga ke tahap maksimum kemampuan diri. Inilah konsep yang saya pegang dalam melakukan perubahan diri,juga orang sekeliling kadang kalanya.Sebagai contoh, saya cuba untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris, saya membaca buku-buku yang berkaitan sehingga saya rasa sukarnya nak faham, letih untuk semak kamus, dan sampai saya rasa sudah tak mampu untuk teruskan. Maka, ketika itulah diri sudah menghampiri 'self potential limit', saya terus memaksa diri untuk teruskan, sehinggalah diri saya menjadi biasa membaca bahan-bahan bacaan yang berat.

Begitu juga dalam soal kerja-kerja lain, apabila diri kita sudah biasa membuat sesuatu yang sukar maka perkara itu lama kelamaan akan jadi mudah, dengan izin Allah.Ingat, push to the limit!



Pesanan ringkas sebagai seorang sahabat maya:
Dalam kehidupan insan ada ketikanya insan merasakn hidupnya kosong,tidak tahu apa sebenarnya yang dicari dlm hidup ini dan hati keras sekali.Antara solusinya,ambillah wudhu',solatlah sunat hajat 2 rakaat,mengadulah kekosongan jiwa yang dirasai kepadaNya dan bacalah alQuran,sebaik-baiknya renungilah maksud ayat itu.Pasti akan ada sakinah(ketenangan)yang menggantikan kekosongan jiwa insan.InsyaAllah..
*Segala istilah yang digunakan ialah apa yang terkeluar daripada minda saya, mungkin daripada pembacaan lama dan penciptaan istilah sendiri.
[ Read More ]

Nikmat Ujian

Ujian itu zahirnya melukakan tetapi bagi orang-orang yang cintakan Allah dan RasulNya, ujian itu seperti madu yang tersedia bersama hidangan lain yang mungkin pahit dan kelat. Kerana diuji, insan mampu solat dengan khusyuk, meninggalkan kemungkaran dan menikmati nikmat ketenangan. Nikmatilah ujian.


Tenangkanlah hati dan sabar kala diuji
Hanyalah mereka yang redha rasai manisnya
Sepahit mana pun derita sengsara yang melanda
Itulah buktinya mendapat tarbiah Allah

Rasulullah kekasih Allah Yang Maha Esa
Namun rasul jua diuji darjat keimanannya
Dilempar batu diancam bunuh
dihina keluarganya
Rasul mulia tetap redha dengan ujiannya

Umar Al Khattab menadah tangannya
mengucap syukur
Setiap kali mendapat musibah Allah

Jangan kita merasa sedih bila ditimpa malang
Kerana rahmat kasih Allah
Bersama hambaNya yang tabah
Setiap ujianNya yang datang carilah hikmahnya
Semoga kita merasai kebesaran Allah

Nikmat diberi yang percuma kepada kita
Semoga kia syukuri, semoga kita tak ingkar
Semoga... Allah redhai...
[ Read More ]

Filem hidup insan

Kehidupan kita ini tidak ubah seperti sebuah gulungan filem yang memutarkan kisah-kisah kehidupan. Ada babak-babak cerita yang berulang dan ada yang tidak berulang.Ada  babak gembira,sedih,marah,bosan,keliru,cinta,kecewa,letih,bersemangat dan pelbagai lagi perasaan. Namun, kisah kehidupan ini ada penamatnya. Ya, pasti ada penamatnya.Dan Allah beri watak-watak di dalam kisah ini untuk menentukan bagaimana watak mereka akan berakhir. Setiap millimeter filem yang digulungkan menghampiri penghujung filem, setiap detik yang berlalu insan semakin menghampiri kesudahan hayatnya. Semua insan berkongsi persamaan ini, iaitu kisah kehidupan ini ada penghujungnya.

Tetapi, yang membezakan insan ialah keadaan penghujung kisah hidupnya. Apalah ertinya kisah ini seandainya penghujungnya insan melupakan Tuhan dan memilih kesenangan yang sementara. Tiada maknanya kisah ini jika watak itu tamat tanpa mencorakkan warna filem ini. Kita tidak mengharapkan perubahan yang terlalu besar namun cukuplah dengan kadar sumbangan kita dalam mencorakkan warna filem ini. Namun, andai sumbangan kita besar maka besarlah juga perubahan itu.

Untuk mendapatkan sesuatu yang bernilai itu insan perlu korbankan sesuatu yang turut bernilai dalam kehidupannya. Walaupun berat sekali hati merelakan namun itulah nilai yang perlu dibayar. Ramai sekali insan yang tidak sanggup yang akhirnya kekal di tahap yang sama.Tidak kiralah sama ada nilai itu bersifat objektif seperti harta & masa ataupun subjektif seperti perasaan & sikap, yang pastinya ada sesuatu yang perlu insan korbankan. Inilah erti sebenar sebuah 'Hijrah', bukannya sekadar mengucapkan 'Selamat tahun baru' dan menghadiri majlis-majlis doa dan zikir.

Teringat Musafir mengenai kisah seorang insan ini:
“Malam itu insan itu terjaga daripada tidur setelah bermimpi dia sedang menyampaikan sedikit pengisian kepada segenap insan yang lain di dalam sebuah dewan yang besar. Lantas, dia terfikir hanya ini sahajakah yang mungkin mampu dia lakukan? Terlintas sejenak di fikirannya sebuah kata-kata Saidina Abu Bakar tatkala Rasulullah SAW baru sahaja wafat, “ Adakah agama akan menjadi lemah sedangkan aku masih hidup?”.

أيَنْقُصُ الدِّين وَ أنَا حَيٌّ

Dia sangat terkesan dengan sikap Saidina Abu Bakar yang tersangat komited dalam menegakkan Islam. Dadanya mula sebak. Hanya dalam empat hingga lima saat kemudian air matanya mula mengalir. Akhirnya dia menghabiskan waktu tidurnya itu untuk membaca dan mentadabbur(meneliti maksud) ayat-ayat al-Quran, kemudian dia mengeluarkan sehelai kertas ‘foolscap’ dan melakukan ‘brainstorming’ apa kekuatan dan kemampuan yang dia ada untuk disumbangkan kepada umat Islam. Kemudian dia menetapkan beberapa tindakan yang boleh dilakukannya berdasarkan kekuatan yang dia punyai walaupun kecil."

Begitulah hari-hari yang dilalui oleh insan itu. Putaran filem ini terus berjalan di saat saudara/i membaca penulisan ini dan akan terus berjalan. Insan tidak tahu bilakah wataknya akan tamat dalam kisah kehidupan ini. Mungkin sahaja awal atau mungkin sahaja lewat dan di penghujung cerita. Oleh itu, insan perlu terus berusaha memastikan wataknya berakhir dengan kesudahan yang terbaik. Wallahu’alam.
[ Read More ]

Jalan kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim

Insan bebas menentukan jalan kehidupan yang selesa dan sesuai dengan fitrah dirinya. Namun jalan-jalan yang dipilih itu wajib tidak bertentangan dengan al-Quran dan asSunnah. Juga sudah menjadi sunnatullah, semakin dewasa insan itu semakin sukarlah jalan kehidupan yang perlu ditempuhinya. Semakin besar tanggungjawabnya dan bebanan yang perlu dipikul. Namun, ramai insan rebah dalam mendepani realiti kehidupan ini. Begitulah Allah memilih hambaNya yang benar-benar beriman .Insan ditapis dengan ujian dan dugaan yang melanda, sama ada terus bertahan dan beriman ataupun berputus asa dan berhenti berusaha.

Bagi yang terus bertahan, masih ada ujian yang menanti. Kadangkalanya, kita ditentang dan dibenci diam-diam. Kadangkala kita dipuji dan dirai.Kadangkalanya ada insan yang berdendam dengan kita atau mungkin kita yang berdendam dengan insan lain.

Mengapa perlu menyimpan dendam? Maafkan dan cubalah untuk melupakan kesilapan insan. Sama ada insan sedar atau tidak dendam itu sebenarnya hanya merosakkan jiwa insan itu sendiri. Inilah yang dimaksudkan oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi di dalam buku 'Di Manakah Kesilapan Kita?'. Tatkala beliau mengupaskan topik 'Kemampuan umat Islam pada bilangan tidak berfungsi',katanya umat ramai tapi berpecah-pecah.Beliau menasihatkan agar mengutamakan Islam berbanding perasaan diri sendiri. Bersatu dan berganding bahulah dalam menggerakkan Islam. Kita tidak disuruh mencari luka dalam berjuang. Namun, adakah dikatakan berjuang jika tidak ada luka?

Inilah warna kehidupan. Namun, bukan interaksi insan lain yang menentukan siapa diri kita secara tepat, tetapi pandangan Allah sahajalah yang menentukan siapa kita. Apabila insan semakin menyedari hakikat ini, insan semakin tenang dan redha dengan dugaan yang mendatang. Alhamdulillah..
[ Read More ]

Penyakit harakah dan landasan cinta

Sejak beberapa minggu akhir-akhir ini, Musafir dipenuhi dengan beberapa tugasan luar yang memerlukan komitmen dan kerahan minda yang tinggi. Alhamdulillah..tugasan di Perak sudah selesai, kini sedang menyiapkan sedikit lagi tugasan di Kedah dan insyaAllah akan ke Seri Kembangan,Selangor untuk 'berehat sambil bekerja' dan menyegarkan kembali minda dan badan. Dalam masa yang sama bermacam-macam perkara berlaku kepada keluarga. Ada yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah sebanyak RM0.5juta, ada yang tertipu RM70,000. Segala yang berlaku membuatkan Musafir merasakan besarnya tanggungjawab diri untuk mengikat jiwa-jiwa ini dengan ikatan Islam, tambah-tambah lagi hanya Musafir seorang sahaja yang dalam keluarga besar ini yang mendalami bidang pengajian Islam.

MUTIARA YANG TERKUTIP DI SEPANJANG MUSAFIR


1) Keliru antara platform dan matlamat

 Perkara ini sering berlaku kepada individu yang terlibat dengan gerakan-gerakan Islam,berpersatuan, dan seumpamanya. Terlalu fanatik dan cintakan wasilah(platform) pelaksanaan dakwah mereka inilah yang menjadi racun dalam diri mereka. Malah ada yang sehingga mengatakan hanya mereka sahaja yang betul. Secara peribadinya, saya menasihatkan insan-insan ini supaya melihat sedalam-dalamnya perbezaan di antara wasilah dan matlamat, memahami erti baiah yang sebenar serta menilai segala gerak kerja jemaah berpandukan alQuran dan asSunnah di atas tafsiran yang benar.



2) Landasan 'CINTA' yang kabur


Hairan rasanya melihat sahabat-sahabat yang sebaya saya yang terlalu obses dengan istilah 'CINTA'. Pelbagai takrifan dikeluarkan berdasarkan pengalaman dan pendapat masing-masing.Yang pernah putus cinta dengan cara orang putus cinta manakala yang sedang bercinta dengan cara orang bercinta. Namun, tatkala ditanya, ' Eh, kenapa tak masuk meminang atau menikah terus?'  Lambakan alasan dan jawapan pula yang  diberikan. Adakah insan lebih rela berada dalam kemurkaan Tuhan berbanding limpahan rahmatNya?


Bagi mereka yang aktif dengan gerakan Islam pula dengan cara mereka 'tersendiri'. Musafir tidak pasti sama ada sebahagian insan ini sedar ataupun tidak bahawa sebenarnya mereka sedang mabuk 'berfalsafah cinta'. Ya, Musafir tidak nafikan terdapat ayat alQuran dan hadis yang menyebutkan tentang cinta atau Musafir lebih suka menyebut sebagai 'Mahabbah'. Misalnya, ' lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik'. Untuk memahami ayat ini Musafir cadangkan supaya lihat semula asbab nuzul(sebab penurunan) ayat ini. Benarkah seperti mana insan-insan ini memahami?


Ini pula bagaimana Musafir memahami 'CINTA' secara peribadi. Sejujurnya, rasa mahabbah inilah yang banyak menguatkan diri saya. Mungkin saudara dan saudari pernah dengar tentang 'spiritual leadership', atau istilah yang lebih sesuai dengan agama kita,' kepimpinan bertuhan'. Apabila kita menjadikan Allah sebagai kekasih kita, maka apa sahaja sanggup kita lakukan demi kekasih kita yang disayangi itu.Saya tidak akan terangkannya di sini secara lebih detail.  

Cinta sesama insan? Bagi Musafir, cinta itu dasarnya tanggungjawab. Tanpa rasa tanggungjawab, itulah cinta di atas landasan yang kabur.Usah memikirkan cinta sesama insan seandainya sikap bertanggungjawab entah ke mana.Musafir hanya melatih diri untuk jadi seorang insan yang lebih bertanggungjawab. Dari segi kewangan misalnya, Musafir membahagikan untuk penggunaan diri,keluarga,perjuangan,kecemasan dan bakal keluarga. Soal calon sama sekali tidak terfikir apatah lagi mencari.

Duit yang terkumpul akan ditukar dengan dinar emas Kelantan. Apa bezanya dinar emas yang dikeluarkan syarikat swasta yang lain? Perbezaannya ialah dinar emas yang dikeluarkan syarikat swasta ialah syiling simpanan bermatlamatkan pelaburan sahaja tetapi dinar emas Kelantan ialah mata wang syariah. Selain ianya boleh digunakan sebagai alat untuk urusan seperti jual beli, mas kahwin,haji dan dam,korban dan akikah,zakat dan perniagaan, ia juga adalah mata wang kalis inflasi kerana emas sentiasa naik nilainya. Pada 2006, sekeping dinar emas Kelantan hanyalah RM300+ tetapi sekarang RM800+, pertambahannya adalah RM500+. Cuba bayangkan orang yang memiliki 100 dinar emas Kelantan pada tahun 2006, berapa nilai kenaikan pada tahun 2011? Begitulah kehebatan Allah yang menciptakan emas,walaupun asalnya tersimpan jauh dalam perut Bumi namun Allah mengeluarkannya untuk kita sama-sama berfikir dan bertakwa.

Dinar emas dalam hadis Nabi Muhammad SAW
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:
"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)"
Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
 Boleh rujuk Kelantan Golden Trade untuk sebarang urusan. 


Musafir memohon maaf seandainya ada yang terguris hati. Maaflah, Musafir hanya menasihatkan di atas dasar 'katakanlah yang benar walaupun pahit'. Wallahu'alam..


[ Read More ]

Kekal di jalan lurus?

Link wallpaper: 
Dimensi : 1600x1200
Saiz: 648.98 KB
Didesign pada:23/10/2011
Mampukah diriku kekal di jalan yang lurus ini?

Saat bertemu jalan itu, insan akan tenang dan bahagia. Namun siapakah yang dapat menjamin insan itu kekal di atas jalan itu? Hanya Allah. Mintalah daripadaNya, sesungguhnya Dia benar-benar Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Tatkala kecewa,buntu,gagal,rasa lemah; insan mencariNya. Tetapi saat senang,berjaya,gembira berapa ramaikah insan berterima kasih kepadaNya? Inilah jalan yang lurus, mencariNya ketika susah dan bersamaNya ketika senang. Semoga kita kekal di atas jalan ini.Wallhu'alam.
[ Read More ]

Kekasih di Oasis Sahara

Sahara itu,
Kering tidak berair,
Hamparannya berbukau debu,
Malah lapang tiada berarah,
Membuka mata bukan mudah,
Tertekan minda dek keliru,
Kembara insan tanpa tujuan,
Hampir mati dalam kesesatan.

Tapi tidak tersangka,
Ku temui oasis di tengah sahara,
Menakung air mengubat lara,
Tiada siapa sangka,
Tiada siapa jangka,
Di situ juga ada sepasang kekasih,
Indah rupaNya tiada bandingan,
Walau ada insan berkata tentang tanganNya,
Namun aku yakin ' laisa kamislihi syai'un ',
KekasihNya pula insan biasa,
Biasa dalam keluarbiasaan insan,
Demi pasangan kekasih ini,
Aku menangis,
Aku dikecam.
Namun gusar hati ini tidak lama.

Pesan kekasih tadi,
Carilah mereka dalam kehinaan insan,
Carilah mereka dalam kekecewaan,
Carilah mereka dalam kegembiraan,
Pesan mereka lagi,
"Dirimu tidak selamanya di sahara ini",
"Dirimu akan berlalu pergi"
"Ambillah air ini sebagai bekalan"
"Wudhuklah hatimu dengan air oasis ini"

Aku akur,
Aku terima,
Inilah bekal yang dicari,
Agar tidak tertipu oleh fatamorgana,
Di atas sahara lapang yang bermakna.


*Laisa kamislihi syai'un : {لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ } Surah as-Syura:11, yang bermaksud "Tidak ada sesuatu pun yang sama denganNya". Ayat ini merupakan dalil/hujah bahawa sifat Allah dan makhluk tidak sama. Ayat ini juga merupakan pemahaman salafusoleh tentang ayat { يد الله فوق أيديهم } [Surah alFath:10]. Wallahu'alam.
[ Read More ]

Daftar Web dan Blog

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

"Dan bantu membantulah kamu dalam perkara kebaikan dan janganlah membantu dalam keburukan" Surah al-Maidah:2

  Insya-Allah, Musafir sedang mengumpulkan link-link laman web yang mempunyai 'mutiara' yang dapat kita kongsi sama-sama. Selalunya, kita terpaksa 'search' merata-rata laman web untuk mencari sedikit pengisian diri. Jadi, Musafir terfikir untuk tempatkan link-link laman web yang terserempak ni dalam satu laman sahaja. Jadi, Musafir nak ajak sahabat-sahabat untuk kongsikan laman-laman web yang sahabat jumpa dan rasakan ada 'mutiara' yang boleh dikongsikan sinarnya di ruang komen di bawah entri ni.

  Mungkin juga sahabat-sahabat boleh sebarkan kepada rakan-rakan yang lain-lain supaya mereka juga dapat membantu. Kalau nak kongsikan blog sahabat-sahabat sendiri pun boleh. Musafir akan letakkan blog sahabat-sahabat dalam kategori 'Rakan Bicara Musafir'.


   Lagi satu perkara, doa-doakanlah kejayaan Musafir dalam peperiksaan akhir semester yang sedang ditempuhi sekarang ni. Sesungguhnya kita belajar bukan untuk peperiksaan namun kita perlukan peperiksaan untuk menyukat ilmu yang diperoleh sepanjang pembelajaran. Oleh itu, betulkanlah sudut pandang kita terhadap peperiksaaan dan hakikat ilmu yang sebenar. Setakat ini dahulu rasanya, semoga kita terus kuat dalam mentaati perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Wallahu'alam..

Ni link entri ni kalau sahabat-sahabat nak kongsikan dalam FB atau di mana-mana saja:

http://bicaramusafirv1.blogspot.com/2011/10/daftar-web-dan-blog.html
[ Read More ]

Aku sanggup duhai Muhammad


Sedang asyik membaca buku 'Aku Sanggup Duhai Muhammad..' karangan Muhd Nasruddin Dasuki, tanpa disedari beberapa butir air mata menitis. Subhanallah... indahnya akhlak Muhammad SAW.

Ada satu pepatah Inggeris yang menyebutkan, ' Word speaks louder than action' yang bermaksud perkataan(penulisan) lebih didengari berbanding perbuatan. Kata-kata ini memang ada benarnya. Lihat saja bagaimana Revolusi Mesir berlaku, bermula daripada bacaan-bacaan bersifat Harakah Islamiyah, di samping ajakan dan pelbagai penjelasan di dalam laman sosial Facebook yang akhirnya membawa kesedaran yang mereka harus berubah dan merubah.

Sirah Nabawiyyah pernah menukilkan bagaimana kaedah ini digunakan oleh Rasulullah sendiri. Sudah pastilah bukan menggunakan medium penulisan kerana Baginda seorang yang Ummi  (buta huruf). Tetapi baginda menggunakan akhlak sebagai medium penyampaian dakwah.
--------------------------------------------------------------------
Pengemis buta Yahudi yang menghina Rasulullah
--------------------------------------------------------------------
    "Wahai saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad itu.Dia orang gila. Dia pembohong. Dia tukang sihir.Jika engkau mendekatinya, engkau akan dipengaruhinya dan engkau akan jadi seperti dia," kata seorang pengemis buta Yahudi berulang-ulang kali di satu sudut pasar di Madinah setiap pagi sambil tangannya menadah meminta belas orang yang lalu-lalang.

    Orang yang lalu lalang di pasar itu ada yang menghulurkan sedekah kerana kasihan malah ada juga yang tidak mempedulikan langsung.

    Pada setiap pagi, kata-kata menghina Rasulullah SAW itu tidak lekang daripada mulutnya seolah-olah mengingatkan orang ramai supaya jangan terpedaya dengan ajaran Rasulullah SAW. Seperti biasa juga Rasulullah SAW ke pasar Madinah. Apabila baginda sampai, baginda terus mendapatkan pengemis buta Yahudi itu sambil menyuapkan makanan ke mulut dengan lembut dan bersopan tanpa berkata-kata apa-apa.

     Pengemis butaYahudi yang tidak pernah bertanya siapakah yang menyuapkan itu begitu berselera sekali apabila ada orang yang baik hati memberi dan menyuapkan makanan ke mulutnya.

    Perbuatannya itu dilakukan setiap hari sehinggalah baginda wafat. Sejak kemangkatan baginda, tidak ada sesiapa yang sudi menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu setiap pagi.

     Pada suatu pagi, Saidina Abu Bakar RA pergi ke rumah anaknya, Siti Aisyah yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW untuk bertanyakan sesuatu kepadanya.

     "Wahai anakku Aisyah, apakah kebiasaan yang Muhammad lakukan setiap pagi apabila beliau ke pasar?". Tanya Saidina Abu Bakar sebaiknya duduk di dalam rumah Aisyah.

      "Ayahandaku, boleh dikatakan apa sahaja yang Rasulullah lakukan, ayahanda telah lakukan kecuali satu," beritahu Aisyah sambil duduk melayan Saidina Abu Bakar RS menghadapi hidangan yang disediakan.

    "Apakah dia wahai anakku Aisyah?"

    "Setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi di satu sudut di pasar Madinah dan menyuapkan makanan ke mulutnya. Sejak pemergian Muhammad, sudah tentu tidak ada sesiapa lagi yang menyuapkan makanan kepada pengemis itu lagi," beritahu Aisyah kepada ayahandanya seolah-olah kasihan dengan nasib pengemis itu.

    "Kalau begitu, ayahanda akan lakukan seperti apa yang Muhammad lakukan setiap pagi. Kamu sediakanlah makanan yang selalu dibawa oleh Muhammad untuk pengemis itu," beritahu Abu Bakar RA kepada anaknya.

       Pada keesokan harinya, Saidina Abu Bakar RA membawakan makanan yang sama seperti apa yang Rasulullah SAW berikan kepada pengemis buta itu sebelum ini. Setelah puas mencari, akhirnya Saidina Abu Bakar RA bertemu juga dengan pengemis buta itu. Saidina Abu Bakar segera mnghampiri dan terus menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu.

    "Hei... siapakah kamu? Berani kamu menyuapiku? ". Pengemis buta itu mengherdik Saidina Abu Bakar RA. Pengemis buta itu terasa lain benar perbuatan Saidina Abu Bakar RA itu.

    "Akulah orang yang selalu menyuapimu setiap pagi," kata Saidina Abu Bakar sambil memerhatikan wajah pengemis buta itu yang nampak marah.

   "Bukan! Kamu bukan orang yang selalu menyuapiku setiap pagi. Perbuatan orang itu terlalu lembut dan bersopan. Aku dapat merasakannya, dia terlebih dahulu akan menghaluskan makanan itu kemudian barulah menyuap ke mulutku. Tapi kali ini terasa sangat susah aku menelannya," balas pengemis buta itu sambil menolak tangan Saidina Abu Bakar yang masih memegang tangan Abu Bakar itu.

  "Tetapi ke manakah perginya orang itu dan siapakah dia? " tanya pengemis buta itu.

"Dia Muhammad Rasulullah?"

    "Dia ialah Muhammad Rasulullah. Dia telah kembali ke rahmatullah. Sebab itulah aku menggantikan tempatnya," jelas Saidina Abu Bakar dengan harapan pengemis buta itu berpuas hati.

   "Dia Muhammad Rasulullah?" kata pengemis buta itu dengan suara yang terkedu.

   "Mengapa kamu terkejut? Dia insan yang sangat mulia," beritahu Saidina Abu Bakar RA. Tidak semena-mena pengemis buta itu menangis sepuas-puasnya. Setelah agak reda, barulah dia bersuara.

   "Benarkah dia Muhammad Rasulullah?" Pengemis buta itu mengulangi lagi pertanyaan seolah-olah tidak percaya dengan berita yang baru didengarinya.

   " Ya, benar.Kamu tidak percaya?"

   "Selama ini aku menghina, aku memfitnahnya tetapi dia sedikit pun tidak pernah memarahiku malah dia terus juga menyuap makanan ke mulutku dengan sopan dan lembut. Sekarang aku telah kehilangannya sebelum sempat aku memohon ampun kepadanya," ujar pengemis buta itu sambil menangis teresak-esak.

    "Dia memang insan yang sangat mulia. Kamu tidak akan berjumpa dengan manusia semulia itu selepas ini kerana dia telah meninggalkan kita," beritahu Saidina Abu Bakar RA sambil menepuk bahu penemis buta itu.

     "Kalau begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan kalimah syahadah dan aku memohon keampunan Allah," ujar pengemis buta itu.

     "Selepas peristiwa itu, pengemis itu telah memeluk Islam di hadapan Saidina Abu Bakar RA. Keperibadian Rasulullah SAW telah memikat jiwa pengemis buta itu untuk mengakui ke-Esaan Allah.


[ KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN SIRAH DI ATAS]
[ Read More ]

Berbeza bukan bertentangan

Perselisihan pendapat bukanlah sesuatu yang negatif secara mutlak. Sebaliknya perselisihan pendapat telah dapat melahirkan ramai insan yang berminda kritis dan kreatif. Perselisihan yang terjadi sebenarnya menuntut insan supaya saling melengkapi antara satu sama lain. Mungkin kita melihat sesuatu masalah yang timbul dengan solusi yang tertentu. Namun , orang lain pula melihat penyelesaiannya dengan cara yang berbeza, adakalanya mungkin lebih baik daripada cara kita. Setiap insan ada 'titik  buta' atau 'blind spot' dalam keluasan pemikiran mereka yang tersendiri. Oleh itu, dalam menggerakkan Islam suasana kepelbagaian perspektif seperti ini amatlah diperlukan.

Tetapi harus diingat, kepelbagaian perspektif ini hanya mendatangkan kebaikan jika setiap pelakunya berlapang dada,saling menghormati satu sama lain dan memahami dengan jelas apa tujuan yang ingin dicapai. Ustaz Pahrol Mohd Juoi,Ketua Editor Majalah Solusi pernah berkata dalam sebuah ceramah( tak ingat dah apa nama ceramah tu..),“biarpun kita berbeza, tapi tidak bertentangan”. 


Adapun dalam masalah agama, perlulah diteliti dan difahami dengan jelas status perkara yang diperselisihkan itu. Sama ada perkara itu menimbulkan kebaikan atau kefasidan, dalil itu qat'ie atau dhonni.Ingat!! Menyanggahi beberapa perkara qat’ie boleh membawa kepada kufur yang nyata.


Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.


Kebenaran secara mutlak hanya daripadaNya. Maka berdoalah agar ditunjukkan olehNya kepada kita kebenaran itu. Adakalanya kebenaran itu sesuatu yang mudah kita terima, namun kerap kali juga kebenaran itu sesuatu yang sukar kita terima. Oleh itu, makanlah 'ubat' itu walaupun pahit. Selamat beramal. Wallahu'alam..


Alfaqir ilallah,
Bicara Musafir,
Kediaman Saidatina Khansa'
29/9/2011
Mencari erti sebenar sebuah keimanan..
[ Read More ]

Mari! Islam untuk semua

Sudah menjadi kewajipan seorang muslim menyampaikan risalah Islam. Tidak perlulah dipersoal lagi dengan soalan-soalan seperti ini "Adakah aku perlu menjadi pendakwah?", " Kenapa aku yang mesti buat kerja-kerja seumpama ini?".Bukankah Rasulullah sudahpun bersabda ,"  

  بلـّغوا عني ولو آية
yang bermaksud," Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat." (Hadis Riwayat al-Bukhari daripada Abdullah bin Amr bin al'Asr). Jadi, apakah lagi yang kita ragukan? Apakah lagi yang kita sangsikan? Dakwah ialah kewajipan bagi yang bergelar muslim. 

Namun, di suatu sudut pemikiran sesetengah insan timbul persoalan, " Jika mereka yang berada dalam pengajian Islam memang sesuailah berdakwah tetapi saya bukan pengajian Islam". Sedarlah wahai saudara/i yang dihormati, Islam itu syumul iaitu menyeluruh dan fleksibel kepada perkara positif. Jika perkara ini difahami dengan jelas oleh setiap muslim pasti tidak timbul lagi persoalan seperti ini.

Bagi mereka yang berada di Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu, mungkin kalian biasa melihat saya bersembang dengan mahasiswa dari kos Perubatan(Medic), Ekonomi dan Perniagaan, Kejururawatan(Nursing), Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa(Law) dan juga Teknologi Maklumat(IT). Islam itu meliputi semua aspek kehidupan yang bermakna semua aspek ilmu yang positif juga termasuk di dalam Islam. Maka, tidak wajar sama sekali mahasiswa Pengajian Islam memandang rendah mereka yang bukan Pengajian Islam. Inilah Islam!! Islam yang sebanar!!

Begitulah liciknya syaitan laknatullah memesongkan manusia, yang ada ilmu agama dipesongkan pemikirannya dengan cara begitu. Yang kurang ilmu agama pula ditipu dengan falsafah 'Be rational la weyh..', yang akhirnya menjadikan akal sebagai panduan utama mendahului alQuran dan asSunnah.

Alfaqir ilallah,
Bicara Musafir,
Kediaman Saidatina Khansa'
UniSZA
20/9/2011.
[ Read More ]

Dua jalan

Bermusafir dan terus bermusafir. Dari satu destinasi ke satu destinasi sehingglah tiba di destinasi kekal bergelar akhirat. Itulah hakikat perjalanan seorang hamba. Suatu perjalanan yang merentas masa dan alam. Sepanjang perjalanan itu, pelbagai dugaan,mehnah, dan tribulasi yang ditempuhi. Namun hakikatnya semua itu hanyalah sementara. Di akhirat itulah yang kekal.

Tetapi..Agak menghairankan, mengapa yang bergelar insan itu masih senang dengan dunianya? Apakah mereka sudah buta daripada mampu melihat destinasi kekal itu? YA! Mata mereka tidak buta tetapi.. mata hati mereka yang kian kabur pandangannya. Mungkin juga semakin membuta. Inilah yang Allah maksudkan dengan firmanNya:

" Mereka pekak untuk mendengar kebenaran,bisu untuk mengucapkan kebenaran, dan buta untuk melihat cahaya hidayah;oleh itu mereka tidak dapat kembali kepada keimanan yang telah mereka tinggalkan dan tukarkan dengan kesesatan."- Tafsir alMuyassar oleh Dr. Aidh Abdullah al-Qarni-AlBaqarah:18

Nah! Inikah kita? Na'uzubillahiminzalik. Hanya dengan keimanan dan hidayah daripadaNya sahajalah yang mampu memelihara kita daripada termasuk dalam kalangan mereka yang sesat. Untuk tiba di destinasi kekal sebagai insan yang berjaya bukanlah perkara yang mudah. Tetapi,tidak pula mustahil. Pelbagai bentuk mujahadah perlu dilalui, jika kita berjaya melepasi semua itu maka selamatlah kita. Tetapi jika kita gagal, maka azab yang sangat pedih menanti di sana. Pilihlah yang mana difikirkan benar dan selamat, walaupun jalannya sukar dan penuh cabaran.

Alfaqir ilallah,
Bicara Musafir,
Kediaman Saidatina Khansa'
14/9/2011
[ Read More ]

Wahai Muslimah, bangunlah dari mimpi!

    Kekurangan idea dan ilham untuk menulis? Tidak! Bukan itu yang Musafir hadapi tetapi sebenarnya idea yang bertaburan di merata pelosok minda yang membuatkan sukar untuk terus berkongsi.Sebenarnya Musafir kurang suka 'main copy & paste' penulisan orang lain tetapi sejujurnya penulisan seorang ustaz ini benar-benar menyedarkan dan Musafir rasa mesti dikongsi. Insya-Allah, pada kali ini Musafir cuba kongsikan sebuah hasil penulisan seorang ustaz yang telah membuka mata dan minda Musafir. Agak 'terjentik' setelah membaca penulisan beliau. Terluncur daripada lidah yang tidak bertulang ini, " Eh, inilah kebenaran!".

 --------------------------------------------------------
Wahai Muslimah, bangunlah dari mimpi!
---------------------------------------------------------
[ Read More ]

A.Samad Said dan Ramadhan..

Ramadhan Yang Manis

Alam itu cantik—gunung dan tasik;
maya terlalu indah—laut dan mega.

Lapar dan dahaga yang mengiktibar

cekal dan bersih suara mengajar:

Lapar kita dahaga yang menguji,

dahaga kita lapar yang mengerti—

ketaqwaan penuh terhadap Illahi.

Puasa—musim manis, bahang menguji,

angin yang santun ke pohon dakwah

bergugus dan sihat buah ibadahnya.



Bulan menyimpan kebijaksanaan,

musim indah di taman Ramadan,

menyerlahkan kemanusiaan luar biasa,

menginsafi keagungan Maha Kuasa.

Daun yang gugur tanah yang rekah

di atas sejadah harum iklimnya;

surah yang jernih dan suara syahdu

terhantar ke lidah dari damai qalbu,

merubah derita ke bahagia diri,

membimbing hidup yang diredhai.


Solat malam, zikir doa, tulus sedekah

ibadah ummah, tangkai yang ketiga,

mengagumi Allah Subhanahu Wa Taala.

Langit beradab, kelam dan cerah

datang dan pulangnya iktibar berhemah.

Badik ketika murka, senyum sewaktu mesra,

alam, insan khusyuk menyujud Illahi

sekiblat dalam tautan kasih yang hakiki.

Lailatul qadar ia pada detik terpilih

malam yang manis, indah dan jernih.


Pada malam sabar dan siang yang cekal

ranum pohon hikmah sebagai bekal;

gugus permata, kerlipnya paling mesra,

merimbun bugar, daunnya meneduhi ummah.


A. Samad Said  
Bicara Musafir:
  1)Subhanallah..indahnya.
  2)Berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah, hanya apabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah.
[ Read More ]

RESEPI: Teh Kurma !

Adakalanya berbuka dengan menu yang sama akan menyebabkan seseorang itu jemu. Namun hal ini tidak sama sekali berlaku kepada mereka yang benar-benar ikhlas berpuasa. Mereka berpuasa bukan kerana menanti kenikmatan berbuka tetapi kerana ketaatan kepada Yang Maha Esa. Apabila mereka berbuka puasa, juadahnya tidaklah membawa kepada pembaziran iaitu sama ada terlalu banyak atau sedikit tetapi terlalu mahal. Agak-agaknya kita termasuk dalam golongan mana?? Golongan yang benar-benar berpuasa kerana mentaati perintahNYa ataupun sebaliknya?
Insya-Allah..Musafir kongsikan di sini sebuah resipi yang 'simple' dan 'low budget' . Selamat mencuba!

Bahan-bahan ( 3 gelas koktail )

  • 4-5 biji kurma ( yg murah pun takpe )
  • beberapa potong buah apple / pear
  • 3 sudu gula ( ikut rasa )
  • 600 ml air 
  •  

Cara-cara


  1. Buah apple / pear dipotong kiub.
  2. Kurma x payah buang biji.
  3. Rebus semua sekali hingga mendidih.
  4. Lebih sedap diminum sejuk. 

Apa kata mereka yang dah cuba??
 































Cuba juga doa ni, doa yang tsabit dari Rasulullah:

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
“Semoga hilang rasa dahaga, dan basah kembali urat-urat dan Insya Allah mendapat pahala (disisi-Nya).” (HR Abu Daud No 2357 dengan sanad hasan)


SELAMAT MENCUBA KEDUA-DUANYA!
[ Read More ]

Juzuk Berapa Sudah..??

Islam mengajar umatnya supaya bijak menguruskan masa. Kelapangan masa yang ada perlu diisi sebaiknya agar tidak susah di 'sana' nanti. Pendek kata, setiap detik yang berlalu perlu diisi dengan perkara yang membuahkan kebaikan. Di sini kita menanam, di sana kita menuai.

Dalam Ramadhan ini, pengisian utama yang dilakukan majoriti umat Islam ialah membaca al-Quran. Membaca al-Quran itu sesuatu yang sangat baik. Namun alangkah lebih baik jika pengurusan waktu untuk membaca alQuran juga dijaga dan dipelihara. Sikap teliti dan sistematik seperti inilah yang mencerminkan keunggulan Islam.


Insya-Allah, Musafir akan kongsikan satu teknik mudah untuk tentukan muka surat bagi setiap juzuk al-Quran.


CARA-CARANYA...

Sebagai langkah permulaan, sila pilih nak baca juzuk berapa? Ermm... katakanlah juzuk 17.

1]  17-1=16

2]   16x2=32

3]   32<2  =  322

Siap!! Juzuk 17 muka suratnya ialah 322.

Oopss! Teknik ni ada syarat kepenggunaannya. Syarat wajib ialah mesti menggunakan al-Quran Rasm Uthmani. Selamat mencuba! Semoga beroleh manfaat. Wallahu'alam.

Diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri ra daripada Rasulullah saw, Baginda bersabda, Allah berfirman: "Barangsiapa disibukkan dengan mengkaji Al-Qur'an dan menyebut nama-Ku, sehingga tidak sempat meminta kepada-KU, maka Aku berikan kepadanya sebaik-baik pemberian yang Aku berikan kepada orang-orang yang meminta. Dan keutamaan kalam Allah atas perkataan lainnya adalah seperti, keutamaan Allah atas makhluk-Nya."
[HR Tirmidzi dan katanya: hadits hasan]
[ Read More ]

FILEM:1001 Inventions and The Library of Secret

  Di antara jutaan keburukan, masih wujud secebis kebaikan. Begitulah kata orang tua-tua yang lebih banyak 'makan garam' berbanding kita. Seburuk manapun peribadi seseorang itu, masih wujud secebis potensi untuk dirinya berubah. Menyedari hakikat ini, Rasulullah S.A.W. lebih suka memaafkan seseorang yang melakukan kesalahan kepadanya.
  Begitu juga dari perspektif perfileman Barat. Walaupun majorotinya memutar belitkan sejarah sebenar dan memanipulasi keagungan tamadun Islam supaya berada di pihak mereka, namun masih ada yang menggunakan fakta dan sejarah yang sebenar. Malangnya amat jarang sekali kita dihebahkan tentang filem yang berfaktakan sejarah sebenar ini

Filem pendek ini dikeluarkan oleh web: www.1001inventions.com   yang merupakan media Muslim Barat. Institusi ini ditaja oleh Abdul Latif Jameel Community Initiatives. Matlamat mereka ialah;

"A global educational initiative that promotes awareness of a thousand years of scientific and cultural achievements from Muslim civilisation from the 7th century onwards, and how those contributions helped build the foundations of our modern world."
 Ataupun dalam Bahasa Melayunya ialah;

"Sebuah usaha pendidikan global yang menjana kesedaran tentang pencapaian Tamadun Islam dalam aspek saintifik dan kebudayaan yang beribu tahun dahulu, bermula dari abad ke-7 sehinggalah kini dan bagaimana semua pencapaian itu menyumbang kepada dasar dunia moden kita."
Jom tonton!




Anugerah Antarabangsa:


Gold Award for Best Education Film (Cannes Film Festival, France, 2010)
Grand Winner for Best Film (New York Film Festivals, 2010)
Gold Winner for Best Film in Society and Social Issues (New York Film Festivals, 2010)
Gold Winner for Best Film in Arts and Humanities (New York Film Festivals, 2010)
Gold Winner for Best Direction (New York Film Festivals, 2010)
Gold Winner for Best Writing (New York Film Festivals, 2010)
Gold Winner for Best Film for an Event Venue (New York Film Festivals, 2010)
Silver Winner for Best Narration and Performance (New York Film Festivals, 2010)
Silver Winner for Best Cinematography (New York Film Festivals, 2010)
Finalist Certificate for Best Original Music (New York Film Festivals, 2010)
Gold Award for Best Education Film (IVCA, London 2010)
Gold Award for Best Photography (IVCA, London 2010)
Silver Award for Best Drama (IVCA, London 2010)
Silver Award for Best Original Music (IVCA, London 2010)
► Grand Winner for Best Education Film (World Media Festival, Hamburg 2010)
► Gold Award for Best Education Film for Schools (World Media Festival, Hamburg 2010)
► Gold Award for Best Education Film (US International Film Festival, Los Angeles 2010)
► Gold Award for Original Music (US International Film Festival, Los Angeles 2010)
► Gold Award for Specialty Production (US International Film Festival, Los Angeles 2010)
► Gold Award for Best Writing (US International Film Festival, Los Angeles 2010)
► Silver Award for Best Direction (US International Film Festival, Los Angeles 2010)

[ Read More ]

BicaraMusafirWallpaper(3)

Klik imej untuk besarkan.
Link wallpaper: 
Dimensi : 1598x1157
Saiz: 798KB
Didesign pada:21/7/2011

[ Read More ]

[RenungMenung] BUKAN NOKTAH

Adakalanya langkah kita tersasar daripada matlamat yang kita ingin capai. Sekalipun matlamat itu sudah jelas, namun masih lagi tersasar. Mungkin kerana perancangan kita yang 'kurang' sistematik yang menyebabkan kita gagal. Lantaran kegagalan mencapai matlamat yang diingini, kita kecewa dan memendam seribu satu rasa. Namun sedarkah kita, bukan sikap ini yang diterapkan oleh Islam. 

Adakah kegagalan itu suatu penamat? Tidak!! Kegagalan itulah yang sepatutnya menjadi peledak atau momentum usaha dan pengorbanan kita untuk terus mencapai matlamat. Tidaklah dinamakan matlamat sekiranya perkara itu mudah dicapai dan tiada rintangan. Inilah yang dinamakan perjuangan yang memerlukan mujahadah.Malah, jika dinilai pada neraca ilmu tasawwuf mujahadah berada di cabaran kedua setelah ibadah,dan sebelum az-Zauq yang bakal dinikmati jika kita berjaya dalam mujahadah.

Kita tidak akan mampu mencapai matlamat sekalipun melaksanakan usaha untuk mencapai sesuatu itu  dengan jayanya tanpa keizinan dan bantuan daripada Allah Yang Maha Kuasa. Salah satu sifat Allah ialah Iradah iaitu Maha Berkehendak. Dan di atas sifatNya ini, Allah telah berkehendakkan supaya setiap kesusahan yang kita lalui itu disertai dengan kemudahan. Maka tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan seandainya kita berhadapan dengan kesukaran dan kegagalan.Namun, sebagai insan biasa ketika musibah menimpa diri, hati kadangkalanya jadi gundah,mulut pula hilang madah bicara dan minda pula sudah melayang entah ke mana. Tetapi perlulah kita ingat,perasaan itu perlulah dikawal agar tidak menyanggahi janji Tuhan. Firman Tuhan bukan bicara kosong atau sembang 'nasi lemak kopi O'. Firman Tuhan ialah bicara yang pasti tanpa sebarang keraguan walaupun sedikit. (Juga peringatan buat diriku yang lemah ini)
“Oleh itu (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya (sekali lagi ditegaskan) bahawa tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan” [as-Syarh: 5-6]
Usahlah berduka cita dan bermasam muka lagi. Teruskanlah dengan usaha yang telah dimulakan itu.Selidiki dan muhasabahlah apa kekurangannya untuk diperbaiki. Cabaran dan tentangan yang mendatang itu hanyalah seketika cuma, maka bersabarlah. Kegagalan bukan noktah usaha.



alFaqir ilallah,
Bicara Musafir,
Kediaman Saidatina Khansa'
UniSZA Kampus Gong Badak(KUSZA)
21/7/2011
[ Read More ]

Kau sindir aku?

  "Bagaimana agaknya keadaan negara kita apabila tiada lagi generasi yang mahu memimpin. Yang TUAN sekarang hanya tahu dipimpin, itupun masih tidak tahu mendengar kata pemimpin.."


"Memimpin itu bukanlah perkara yang mudah. Banyak kekangan dan halangan perlu ditempuh. Setiap tindakan kita pasti akan ada sokongan dan tentangan. Kalau jasad dan minda tak bersedia, silap-silap hari bulan satu kepimpinan boleh roboh begitu sahaja", aku mengingatkan.


"Maksud kau generasi muda tak layak memimpin Malaysia ? "


"Bukan begitu, maksud aku mereka perlu benar-benar matang dan berilmu untuk mentadbir negara 'Islam' Malaysia ini.."


" Jadi, yang kau maksudkan ialah mereka tak mampu memimpin negara. Begitu?"



"Kedua-duanya bukan. Ya jika mereka tak bersiap siaga tetapi jika mereka sedia bila-bila sahaja pemimpin sekarang boleh menyerah amanah . Memimpin itu ada syaratnya."


" Syarat? Apa syaratnya? "


" Yang paling utama ialah dia perlulah berilmu. Tak perlulah aku beritahu ilmu apa yang paling utama. Pernah kau dengar pepatah ni- When you stop reading, you stop leading. Maksudnya kalau nak jadi pemimpin perlulah mencintai ilmu kalau tidak terhentilah kepemimpinan walaupun masih belum tamat tempoh memimpin", aku  cuba menjelaskan apa yang termampu.

 

" Sebenarnya aku pernah terfikir untuk menjadi pemimpin negara. Aku mahu wacanakan sebuah perubahan dalam ketamadunan insan dan tranformasi corak pemikiran ummah. Aku juga merancang untuk menggunakan semula sistem dinar emas dan sistem syura pada peringkat pentadbiran pusat. Bermula hari pertama aku memimpin, aku akan adakan mesyuarat perdana untuk menyelaraskan pemerintahan yang telah lama songsang. Kebajikan dan subsidi kepada rakyat akan aku kembalikan semula. Aku akan ubah sistem kuku besi ini!"


" Untungnya aku kalau negara kita dipimpin oleh kau", balas aku selamba.


" Kau puji atau sindir?"


" Entahlah, cuma aku nak ingatkan kau, kita perlu berpijak pada bumi nyata. Angan-angan itu membuahkan cita. Cita pula menyemai rasa. Rasa pula menggerak asa. Dengan asa yang sepenuhnya dan tawakal pada Yang Maha Esa barulah kita dapat melakukan perubahan ini. Kau tahu jika kau mahu merencanakan sebuah perubahan apa perkara pertama yang perlu kau ubah?"



" Emm... pemikiran masyarakatlah kerana minda yang menguasai diri".

 

" Bukan, diri kau sendiri yang perlu kau ubah. Baik, aku terus terang. Aku kagumi semangat kau, sungguh murni. Namun, tanpa usaha yang konsisten segalanya hancus. Kau hanya berangan-angan. Kesannya, tak ada perubahan pun yang mampu kau lakukan. Aku lihat kau berjalan ke arah aku tadi. Kasut kau mengesot lantai. Langsung tak ada penampilan. Maaf jika aku terkasar bicara tetapi kerana kau saudaraku maka aku mesti tegur. Sedar atau tidak engkau membawa imej agama, imej Muhammad yang dirindui. Kau juga terlalu banyak tidur, sedang ummah bergelut dalam kecelaruan fahaman di luar sana. Kau akan kecewa di hari tua jika engkau terus berangan tanpa tindakan. Tanpa tindakan segalanya sia-sia saudaraku."


" Hmm... engkau orang pertama yang berkata begini kepada aku."


" Sekali lagi aku minta maaf jika aku terlalu berterus terang. Aku harap kau boleh menerimanya dengan hati dan minda yang terbuka. Aku juga melakukan kesilapan. Biar pada bicara mahupun perbuatan, pasti ada yang tersalah. Jika kau sedar tadi aku telah melakukan kesilapan pada bicara. Aku sindir kau. Kesannya, kau sedikit membentak dan marah. Kemudian aku berterus terang dengan ikhlas dan kasih sayang, kau boleh menerimanya. Itulah hikmah dalam bicara. Jika kita bijak menganalisis suasana, pasti ada ilmu yang dapat kita timba. Ilmu di mana-mana, bukan hanya di dalam kelas dan kuliah. Aku saudaramu.Ingat, kau mampu merubah hanya jika kau berubah! "

Pemerintahan negara Islam sepatutnya berpusat di Rumah ALLAH.

 Inilah dia bicara penulis dengan seorang sahabat yang dicintai. Duhai sahabat, Demi ALLAH, aku mengasihimu. Sekian lama berjuang bersama, kau kulihat kian alpa dengan keseronokan berhujah.Ingatlah, setiap kelebihan itu datang dengan tanggungjawab.





Bicara Musafir:



-Ya Allah, jauhkanlah aku daripada alpa mengingatiMU
-Sebenarnya artikel ini diambil daripada blog lama Bicara Musafir yang telah ditutup[http://alcarboniy.blogspot.com]
-Sering kali yang ubat itu pahit rasanya, maka terimalah hakikat ini
-Berdoalah supaya Allah menjadikan kita generasi yang bukan sahaja mampu berbicara tentang perubahan malah mampu melaksanakan perubahan yang diperkatakan

Wallahu'alam.





[ Read More ]

Life and Hope

                            Link:  

 Didesign pada: 18 Mac 2011
[ Read More ]

Renungan Siasah

"Akan ada para pemimpin yang kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan mereka) dan kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka). Sesiapa yang membenci (perbuatan munkar tersebut) maka dia terlepas (dari dosa), sesiapa yang membantah maka dia selamat (dari dosa), namun (yang berdosa) sesiapa yang redha dan menuruti (perbuatan munkar)." Sahabah bertanya: "Tidakkah boleh kami perangi mereka?" Jawab baginda: "Tidak selagi mana mereka bersolat."
                                                                                                  [HR Muslim]
 
   Sekadar renungan bersama di pagi hari sambil menilai kebenaran sabda junjungan Muhammad S.A.W. Moga beroleh sedikit panduan dalam meniti kehidupan yang dipenuhi dengan onak dan duri yang tidak jemu-jemu untuk cuba mencarikkan iman kita.




[ Read More ]

[KARYA]Untukmu Muslimah

Saiz wallpaper: 1200x1100
Link: http://1.bp.blogspot.com/-8IrhSZZKRHw/TgpTymSfTwI/AAAAAAAAAmY/bJzMQE6mAPE/s1600/HM12x11.jpg
Anda boleh mengambil dan menyebarkan wallpaper ini tetapi nyatakanlah SUMBERnya. Terima kasih.
[ Read More ]

[FIKIR] Pertama Paling Utama

Membuka minda untuk meneliti sesuatu perkara itu berdasarkan sumber primer(pertama) adalah satu solusi yang amat ditekankan dalam Islam. Dengan merujuk terus kepada sumber primer, khabar-khabar angin dan fitnah dapat dijauhi. Mengapa? Kerana tiada unsur penambahan atau pengurangan terhadap sesuatu perkara itu. Sekiranya ada unsur pengurangan atau penambahan pun tidaklah terlalu ketara. Jika sesuatu maklumat itu diambil daripada sumber sekunder(kedua) mahupun tertier(ketiga), peratus kemungkinan maklumat yang disampaikan itu salah semakin tinggi.

Sebagai contoh, cuba fahami situasi di bawah ni:

Pada suatu hari, Atan keciciran dompet ketika perjalanan ke kuliah Bahasa Arabnya. Sebagai manusia biasa, Atan sedikit 'tension'. Yalah, mana tidaknya, dalam dompet itu ada kad pengenalan diri,lesen motosikal,kad kredit dan beberapa helaian wang kertas RM50 untuk dibayar kepada pensyarahnya. Dia masuk kuliah dengan raut wajah yang 'mendung' berserta dahi yang berkerut-kerut.

Si A berkata kepada si B ," Aku memang benci tengok muka si Atan tu, rasa macam tak puas hati ja dengan dia ". Sebentar kemudian si B terserempak dengan si C yang baru sahaja berborak dengan si Atan. Dia pun berbicara, " Kau pergi mana tadi? Jumpa Atan ke? Kau tak rasa benci ke tengok muka Atan tu? Kau carilah kawan lain,tak payahlah berkawan dengan si Atan tu, dahlah sombong. Si A pun cakap macam tu." Si C hanya mendiamkan diri, tidak menyatakan kebenaran walaupun dia tahu Atan sebenarnya berhadapan dengan masalah.

Semakin lama, semakin tersebarlah identiti Atan sebagai seorang yang sombong padahal ketika itu dia sedang berhadapan dengan masalah dan sedikit tertekan.




Fahami prinsip ni: Utamakan sumber asal daripada sumber perantara.
Bagi mencari kebenaran, kita perlulah merujuk kepada sumber asal sesuatu maklumat itu. Unsur fitnah dan tokok tambah mudah sekali tercipta, walaupun secara tidak sengaja. Sedikit ulasan tentang situasi di atas,
  • Si A terlalu cepat menilai Atan sedangkan si A masih belum mengenali Atan.
  • Si B ialah seorang pendusta, dia memberitahu si C bahawa si A mengatakan Atan seorang yang sombong.Sebenarnya si A hanya menyatakan dia benci melihat wajah Atan. Fitnah telah bermula! 
  • Si B mendengar maklumat yang belum pasti dan menerima bulat-bulat. Kemudian mengeluarkan pendapatnya sendiri yang merupakan suatu pendustaan terhadap Atan.
  • Si C seorang penakut, menyembunyikan kebenaran walaupun dia tahu apa berlaku sebenarnya. Dari perspektif yang lain, si C seorang yang 'sayang diri sendiri' sahaja, penting diri/individualistik/evasif.

Lihatlah bagaimana fitnah-fitnah dan khabar angin dengan mudahnya disebarkan oleh lidah-lidah manusia. Tambah-tambah lagi di era teknologi telekomunikasi yang semakin canggih ini, segalanya dapat disebarkan dengan tersangat cepat, lebih pantas daripada sekali kerdipan mata. Perselisihan dan salah faham amat kerap berlaku disebabkan kita memandang enteng terhadap disiplin dalam pengambilan sumber. Kita lebih suka menerima sesuatu maklumat itu secara membabi buta daripada mengkajinya terlebih dahulu.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:"Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah." (Hadis riwayat Muslim) 

Marilah kita bersama-sama bermuhasabah sejenak. Adakah kita tergolong dalam kalangan mereka yang menyebarkan fitnah? Mungkin tidak secara sedar, tetapi mungkinkah secara tidak sedar kita menjadi pemfitnah?  Ya Allah... ampunilah kami..




Bicara Musafir:
1)Insya-Allah,post ini akan bersambung lagi dalam perspektif kesan terhadap kesucian agama
2)Ya Allah, ampunilah hambaMu yang hina ini...sesungguhnya hanya rahmat dan keampunanMU sahajalah yang mampu menyelamatkan diriku daripada dijilat api nerakaMu yang pedih.


al-Faqir ilallah,
Bicara Musafir,
Kediaman Khansa' ,
UniSZA,Terengganu,
23/6/2011




[ Read More ]

BERSIH 2.0 Announcements: Upcoming Road Shows & Global Solidarity

Perhimpunan BERSIH 2.0
9 JULY 2011
 
 
Press Statement: 23 June 2011
 
BERSIH 2.0 Announcements: Upcoming Road Shows & Global Solidarity
It is 16 days before Perhimpunan BERSIH 2.0 on 9 July 2011. We are increasing activities on the ground in ensuring that as many people as possible receives information regarding the demands of BERSIH 2.0.
 
Road shows
BERSIH 2.0 would like to announce that this weekend will mark our second leg of our national road shows.

Our road shows are intended to spread awareness to the general public the issues pertaining to the Malaysian electoral system and explain our demands for electoral reform. The road show will also promote the upcoming Perhimpunan BERSIH 2.0.

Details for this week’s road shows: 

1. Shah Alam, Selangor
Date : 24 June 2011
Time : 10:00pm
Venue : Kompleks Muhibbah, Jalan Taugeh 24/17, Persiaran Sultan, Seksyen 24, Shah Alam
Speaker : Syed Shahir, former President of the Malaysian Trade Unions Congress (MTUC) and one of the leaders of BERSIH 1.0


2. Kuala Selangor, Selangor
Date : 25 June 2011
Time : 8.30pm
Venue : Dewan Asam Jawa, Kuala Selangor
Speaker : Zaid Kamarudin, BERSIH 2.0 Steering Committee member


3. Johor Bahru, Johor
Date : 25 June 2011
Time : 8.30pm
Venue : Pusat Aduan Rakyat Kempas, Taman Dahlia, Johor Baru
Speaker : Hishamuddin Rais, Non-Governmental Individual (NGI)


4. Sungai Siput, Perak
Date : 26 June 2011
Time : 8.30pm
Venue : Dataran PSM, Taman Orkid, Sungai Siput
Speaker : Wong Chin Huat, BERSIH 2.0 Steering Committee member

BERSIH 2.0 hopes that residents of this area will attend our road shows to find out for themselves why electoral reform is needed in Malaysia. BERSIH 2.0 merchandise will be available at the road shows.

Global Solidarity
During the launch of the rally on 19 June 2011, BERSIH 2.0 announced that there will be rallies held in UK and Taiwan in solidarity with Perhimpunan BERSIH 2.0.


All the overseas solidarity rallies held were initiated by Malaysian citizens living abroad who supported the demands for Perhimpunan BERSIH 2.0. They personally contacted BERSIH 2.0 and expressed interest in organising a rally where they were. We regard this wide interest by the Malaysian diaspora as an indication that Malaysians from all walks of life believe in the need for electoral reform and the upholding of democracy.
We would like to announce that there are rallies confirmed in more countries:

1. Korea
Date : 9 July 2011
Time : 3.00pm
Venue : Malaysian High Commission, 4-1 Hannam-dong, 140-210, Seoul
Link: https://www.facebook.com/event.php?eid=207786825931750


2. Australia
Date : 9 July 2011
Time : 12.00pm
Venue : Malaysian Consulate in Canberra, Melbourne and Sydney (simultaneous)
Link: https://www.facebook.com/event.php?eid=196304237083769


3. Japan
Date: 9 July 2011
Time: 3.00pm
Venue: Tower of the Sun, Osaka
Link: http://www.facebook.com/event.php?eid=123767617708239


4. USA
 
a. Los Angeles

Date: 9 July 2011
Time: 10.00am
Venue: Consulate General of Malaysia, 550 South Hope Street, Suite 400, Los Angeles
Link: https://www.facebook.com/event.php?eid=113221532103019


b. San Francisco
Date: 9 July 2011
Time: 9.30am
Venue: Chrissy Field Picnic Area, Presidio, San Francisco
Link: https://www.facebook.com/event.php?eid=213741041997443


c. New York City
Date: 9 July 2011
Time: 10.00am
Venue: Consulate General of Malaysia, 313 East 43rd Street, New York
Link: https://www.facebook.com/event.php?eid=181904048529782


BERSIH 2.0 calls on all Malaysian citizens living in UK, USA, Taiwan, Japan, Korea and Australia to attend the rallies if they too believe in the need for clean, free and fair elections in Malaysia. Malaysian citizens living abroad should rise to the occasion and demand for their right to vote via postal ballot in the upcoming 13th General Elections. 


Issued by,
Steering Committee
Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH 2.0)


The Steering Committee of BERSIH 2.0 comprises:
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Chairperson), Andrew Khoo, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin, Dr Subramaniam Pillay and Arul Prakkash.


BERSIH 2.0 UK: https://www.facebook.com/event.php?eid=168396233224639
BERSIH 2.0 Taiwan: https://www.facebook.com
/event.php?eid=192990560751119
FB: https://www.facebook.com/pages/BERSIH-20-OFFICIAL/213938935311531
Twitter: @bersih2


-------------------------------------------------------------------------------------

Sumber:http://bersih.org/?p=4045
[ Read More ]

    There was an error in this gadget

    GEMAR DIBACA