Facebook
RSS

Mujahadah & Taqwa, Hafalan & Kefahaman

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

~Allahumma solli'ala nabiyyina Muhammad~

MUJAHADAH & TAQWA, HAFALAN & KEFAHAMAN

Kita semua ini, yang membezakan di antara kita di sisi Allah hanyalah taqwa. Dan yang menatijahkan taqwa itu ialah mujahadah kita.

Ingat prinsip ini: al-Mujahadah Bidayah at-Taqwa - Mujahadah itu permulaan kepada taqwa.



Sejauh mana mujahadah kita untuk tidak tunduk pada kebatilan, dosa, nafsu & kelalaian itulah yang menentukan seteguh mana taqwa kita. Jika kuat menahan perit mujahdah, maka semakin teguh jugalah pasak taqwa dalam diri kita.

Namun mujahadah itu wajib didasari ilmu. Seperti mana yang pernah diungkapkan oleh Umar bin al-Khattab radhiyallahu'anhu,


وقال عمر رضي الله عنه


لموت ألف عابد قائم الليل صائم النهار أهون من موت العاقل البصير بحلال الله وحرامه 

جامع بيان العلم و فضله / ابن عبد البر / ج1ص115

"Kematian seribu orang ahli ibadah yang selalu solat malam dan berpuasa di waktu siang itu lebih ringan daripada kematian orang yang memahami dengan jelas tentang apa yang dihalalkan Allah dan yang diharamkan-Nya." - [Jami'ul Bayanil "Ilmi wa Fadlih oleh Ibnu Abdil Bar]

Sesungguhnya Islam itu bukanlah agama hafalan semata-mata. Islam itu agama kefahaman.

Sekalipun seseorang itu hanya mampu menghafal beberapa baris ayat al-Quran & sebilangan hadis tetapi dia memahaminya,mampu berhujah dengannya sehingga dia dapat memelilhara dirinya & insan-insan di sekitarnya daripada salah faham terhadap agama pasti itu jauh lebih baik daripada seseorang yang mampu menghafaz keseluruhan al-Quran & ribuan hadis namun tidak memahami & tidak tahu bagaimana menggunakannya.

Wallahu'alam.
[ Read More ]

    There was an error in this gadget

    GEMAR DIBACA