Facebook
RSS

Risalah Untukmu Du'at Siri 1

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

   
  Setiap kita ini tidak akan terlepas daripada menjadi juru dakwah. Kita hanya ada dua pilihan, sama ada menjadi penyeru kepada kebenaran Islam ataupun menjadi penyeru kepada kebatilan Jahiliyyah. Jika kita memilih untuk mengikhlaskan diri, berkorban dan bersusah-payah bersama perjuangan kebenaran Islam ini, maka kita sudah menjadi juru dakwah Islam dengan menunjukkan contoh dan wajah Islam yang sebenar.

     Tetapi jika kita memilih untuk hanya memikirkan soal sendiri, mendiamkan diri di saat kezaliman menguasai , takut dimusuhi keluarga & masyarakat, maka ertinya kita telah memilih untuk menjadi penyeru kepada Jahiliyyah dengan memaparkan wajah Islam yang palsu yang akur kepada kebatilan, yang akhirnya menyerahkan ummah kepada kehidupan Jahiliyyah yang penuh dengan penipuan, kesia-siaan dan kekeliruan yang benar-benar tidak berpenghujung.

     Namun, ini bukanlah bererti perjalanan dakwah ini boleh sewenang-wenangnya ditelusuri tanpa mempedulikan hikmah, adab dan kewaspadaan(hazar). Sesungguhnya kelalaian dalam menjaga perkara-perkara ini akan membuka ruang kepada Jahiliyyah untuk memperdayakan ummah yang berada dalam kekeliruan dan tercari-cari Islam yang sebenar.
    Oleh itu, ikhlaskanlah jiwa, tingkatkanlah kefahaman agama, kuasailah pelbagai kemahiran, curahkan tenaga di medan amal dan berusahalah untuk istiqamah hingga akhir hayat dengan pilihan yang diredhai oleh Tuhan yang Maha Berkuasa di hari kebangkitan kelak. Semoga Allah yang Maha Berkehendak(al-Iradah) mengkehendaki kita sebagai salah seorang insan yang mempertahankan agama-Nya dan memperoleh nikmat syurga-Nya.

*Bersumberkan Risalah Untukmu Du'at, Prolog, muka surat 1, yang ditulis untuk rakan-rakan seperjuangan di negeri Kedah, Perak, Selangor, & Terengganu.
[ Read More ]

    There was an error in this gadget

    GEMAR DIBACA