Facebook
RSS

Risalah Untukmu Du'at Siri 3

-
Hamiduddin Ismail

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
~Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad~


10 TANDA DEGRADASI RUHIYAH

Anda seorang penggerak dakwah? Waspadailah jika salah satu dari sepuluh hal berikut menimpa anda, kerana ia menunjukkan terjadinya degradasi ruhiyah.



1.Dusta


     Rasulullah  pernah mengingatkan bahawa seorang mukmin tidak mungkin menjadi seorang pembohong. Jika seseorang penggerak dakwah sudah mulai berani berbohong, maka saat itulah petanda degradasi ruhiyah semakin jelas kelihatan.


     Kadang kalanya pendustaan terjadi ketika seseorang tersepit atau mempunyai  kepentingan tertentu. Misalnya, untuk mendapatkan “kebenaran” untuk ketidaksertaannya dalam gerak kerja dakwah yang berat, walhal yang sebenarnya dia tidak punya alasan untuk meninggalkannya kecuali kerana sikap malas. Pada zaman Rasulullah, hal ini pernah terjadi ketika Perang Tabuk. Di mana kaum munafiqun yang tidak ikut berangkat perang membohongi Rasulullah dengan berbagai alasan dengan tujuan ketidakhadirannya dimaklumi dan dimaafkan.  


 Pembohongan juga selalu terjadi ketika mana munculnya keadaan yang memberikan keuntungan besar melalui berbohong. Yang mana jika dia jujur, menurut pertimbangannya, peluang itu akan terlepas begitu saja. Ingatlah, bahawa tujuan yang baik harus dicapai dengan cara yang baik.

2.Tidak memenuhi janji 


Berhati-hatilah jika anda tidak memenuhi janji untuk menjalankan kewajiban dakwah yang telah anda sepakati bersama.  Perhatikanlah apabila anda mulai “bertolak ansur” dengan keterlambatan menghadiri daurah-daurah, gerak  dakwah mingguan dan sebagainya. Kita patut berwaspada bahawa sikap itu merupakan “ingkar janji” yang termasuk tanda-tanda kemunafiqan, di mana hakikatnya apa yang berlaku ialah kerana degradasi ruhiyah dan keimanan.


Sabda Rasulullah dalam riwayat al-Bukhari, “Ada tiga tanda kemunafiqan, iaitu apabila bicara ia dusta, apabila berjanji ia ingkar, dan apabila diberi amanah ia khianati.”


3. Mengkhianati amanah

 
    Tiga hal pertama, termasuklah perenggan ‘Mengkhianati amanah’ ini juga merupakan tanda kemunafiqan seperti disebutkan dalam terjemahan hadits di atas. Sekecil manapun amanah yang diserahkan kepada anda, termasuk amanah yang berkaitan pengurusan, amanah di lapangan umum,  amanah di struktur dakwah; pada saat anda menyia-nyiakannya, tidak mahu menunaikannya, itu merupakan petanda degradasi ruhiyah. Perlu sebuah introspeksi/muhasabah diri mengapa kita tidak mahu menunaikan amanah yang sudah kita terima; apakah kita menerima amanah kerana Allah, atau kerana mengejar tujuan duniawi? Jika kerana Allah, bangkitlah! Jangan biarkan degradasi ruhiyah berlanjutan dan meruntuhkan keimanan.


*Bersumberkan Risalah Untukmu Du'at, Bab 2:10Tanda Degradasi Ruhiyah, muka surat 3&4, yang asalnya kiriman seorang sahabat dari Indonesia, yang kemudian disesuaikan bahasanya untuk sahabat-sahabat yang berbahasa Melayu-Malaysia.

Leave a Reply

    There was an error in this gadget

    GEMAR DIBACA