Facebook
RSS

Risalah Untukmu Du'at Siri 4

-
Hamiduddin Ismail

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

~Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad~


4. Takut berjuang dan berdakwah

  Ini juga tanda degradasi ruhiyah. Jika anda tidak lagi berani bergerak, berharakah, berjuang mendakwahkan Islam, maka ketahuilah bahawa saat itu sedang terjadi degradasi ruhiyah. Kembalilah kepada keyakinan yang benar bahawa rezeki itu ditentukan Allah dan masa depan dalam genggaman Allah.

  Mengapa takut orang di sekitar anda membenci anda jika anda sedang bergerak meraih redha Allah dan cinta-Nya? Sesebuah syarikat mungkin boleh memecat anda kerana aktif berdakwah, tetapi dia tidak akan melakukannya selama anda tetap profesional dalam bekerja. Lebih dari itu, tidak seorang pun mampu menghalangi anda daripada rezeki yang lebih besar yang sudah Allah siapkan.

“Barangsiapa yang tidak berjihad dan tidak meniatkan dalam hatinya untuk melakukannya, maka dia membawa satu cabang kemunafiqan pada kematiannya.” (HR. Muslim)


5. Su’udhan (Buruk Sangka)

  Di saat anda berprasangka buruk terhadap sesama penggerak dakwah yang kelihatan semakin mewah , khawatirlah bahawa degradasi ruhiyah sedang melanda. Penggerak dakwah yang semakin senang dari sudut kewangan setelah mendapatkan kerjaya tertentu, memang akan timbul godaan untuk berburuk sangka terhadapnya. Tetapi itulah cara syaitan menyerang, padahal kita tidak pernah tahu bahawa pada masa yang sama di samping berdakwah, usaha atau perniagaan penggerak dakwah itu berhasil setelah bertahun-tahun sebelumnya dia usaha dan dia kembangkan.

  Kadang buruk sangka juga menjadikan qiyadah dakwah sebagai sasarannya. Bahkan pada kisah Haditsul Ifki  kita boleh mengambil ibrah betapa pemimpin terbaik seperti Rasulullah pun, keluarganya pernah menjadi sasaran buruk sangka sebahagian orang.

Sabda Rasulullah dalam riwayat Muslim, “Hindarilah oleh kalian prasangka kerana itu seburuk-buruk perkataan.”

6. Ghibah

  Tanda degradasi ruhiyah berikutnya adalah ghibah. Yakni ketika seseorang penggerak dakwah berbicara hal-hal yang tidak disukai seandainya didengari oleh orang yang dibicarakan. Ghibah juga menjadi tanda semakin pudarnya ukhuwah sehinggakan ketika ada kelemahan, kekurangan atau kesalahan seseorang penggerak dakwah, individu yang berkaitan tidak diingatkan dan ditegur, malah aibnya disebarkan.

“Sukakah salah seorang di antara kalian memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al Hujurat : 12)


*Bersumberkan Risalah Untukmu Du'at, Bab 2:10Tanda Degradasi Ruhiyah, muka surat 4&5, yang asalnya kiriman seorang sahabat dari Indonesia, yang kemudian disesuaikan bahasanya untuk sahabat-sahabat yang berbahasa Melayu-Malaysia.

Leave a Reply

    There was an error in this gadget

    GEMAR DIBACA